HomeUtamaUtamakan pelaksanaaan Perkara 112C & 112D Perlembagaan Persekutuan untuk majukan Sabah -...

Utamakan pelaksanaaan Perkara 112C & 112D Perlembagaan Persekutuan untuk majukan Sabah – Anifah

Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Datuk Seri Anifah Aman hari ini menggesa kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah mengutamakan pelaksanaan Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, di bawah Perkara 112C dan 112D, Sabah berhak mendapat 40 peratus pemberian daripada semua hasil yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan daripada Sabah.

“Dalam penyerahan memorandum kepada Kerajaan Persekutuan hari ini, PCS mengingatkan kerajaan bahawa Perkara 112C dan Perkara 112D adalah sebahagian daripada jaminan perlembagaan yang diberikan kepada Sabah untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Tanpa jaminan tersebut, Sabah tidak akan bersetuju,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Menurut Anifah, Kerajaan Persekutuan tidak membayar kelayakan 40 peratus pemberian hasil Sabah tersebut kepada Sabah sejak 1973, sekali gus menafikan dana yang amat diperlukan oleh Negeri Sabah untuk membangunkan negeri ini.

“Tambahan pula, kerajaan gagal mengadakan kajian semula pemberian yang dipersetujui sejak 1974 dengan Kerajaan Negeri yang melanggar Perlembagaan.

“Justeru, dengan jaminan Perdana Menteri YAB Dato Seri Anwar Ibrahim bahawa Kerajaan Persekutuan akan menghormati dan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963, semua isu berkaitan MA63 harus diselesaikan menjelang 2023 untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada perpaduan dan kemajuan,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya