HomeUtamaESSCOM lipat gandakan usaha kekang anasir PATI

ESSCOM lipat gandakan usaha kekang anasir PATI

Read Time:1 Minute, 20 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

LAHAD DATU : Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) terus melipat gandakan usaha bagi mengekang anasir tidak sihat dan jenayah rentas sempadan yang berpotensi dibawa masuk oleh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) khususnya di daerah ini.

Komander ESSCOM Deputi Komisioner, Datuk Hamzah Ahmad berkata, usaha itu dibuat menerusi kerjasama strategik antara jabatan dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan beberapa agensi lain.

“Susulan operasi bersepadu yang dikoordinasikan oleh ESSCOM yang dilaksanakan awal bulan ini, satu lagi siri operasi bersepadu diakan pada 16 hingga 18 Disember lalu dimana sejumlah 548 pemeriksaan fizikal terhadap orang dan 290 rumah serta premis telah dilaksanakan.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 22 PATI ditahan mengikut peruntukan Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pendaftaran Negara 1959 sebelum diusir pulang ke negara asal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hamzah berkata,  ESSCOM menzahirkan penghargaan kepada semua jabatan dan agensi terlibat, khususnya para pegawai dan anggota yang menjayakan operasi ini.

Katanya, ESSCOM juga akan terus mempergiat operasi seumpama ini bagi mengekang mana-mana elemen yang boleh mengganggu-gugat keselamatan dan kesejahteraan awam akibat kebanjiran PATI khususnya di Pantai Timur Sabah.

“Sehubungan itu, masyarakat diseru untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang insiden keselamatan di ESS Zone ke Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863 181 atau melalui aplikasi WhatsApp di talian 011-63311072,” katanya.

Terdahulu, operasi bersepadu itu dilaksanakan bersama Polis Diraja Malaysia Daerah (PDRM) Lahad Datu, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, RELA dan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kekuatan anggota seramai 80 orang. –SABAH MEDIA/EAW

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular