HomeIsu tempatanKPJ sumbang katil kesihatan elektronik

KPJ sumbang katil kesihatan elektronik

Read Time:1 Minute, 0 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Hospital Pakar KPJ menyumbangkan satu unit katil kesihatan elektrik kepada Persatuan Parkinson Of West Coast Sabah.

Pengarah KPJ, Profesor Datuk Dr. Ajaz Ahmad Nabijan berkata, pihaknya turut menyumbang sebanyak 60 helai baju-T kepada persatuan tersebut sebagai inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) KPJ.

“Selain itu, KPJ juga memberi kebenaran untuk menggunakan Dewan Kinabalu KPJ bagi sebarang aktiviti atau program yang dianjurkan oleh persatuan berkenaan.

“KPJ sangat berbesar hati menyokong program Persatuan Parkinson of West Coast Sabah dan berharap kerjasama ini dapat diteruskan masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Persatuan Parkinson of West Coast Sabah Year End Gathering tahun 2022 di sini, baru-baru ini.

Pada majlis itu, turut diadakan, ceramah kesihatan kepada ahli persatuan Parkinson yang bertajuk Parkinson and Exercises oleh Ahli Fisioterapi KPJ, Adeanna Abby Ng dan ceramah bertajuk Overview of Parkinson’s Disease oleh Perunding Neurologi, Dr. Chia Yuen Kang.

Hadir sama, Presiden Persatuan Parkinson of West Coast, James Lee, Timbalan Ketua Jururawat KPJ, Theresa Tann, Ketua-ketua Jabatan KPJ dan Ahli-ahli Persatuan Parkinson of West Coast Sabah.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

IMAGO taja lokasi pertandingan Unduk Ngadau Bandaraya Kota Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular