HomeIsu tempatanPetrosains Playsmart beri pendedahan kepada anak mengenai STEM

Petrosains Playsmart beri pendedahan kepada anak mengenai STEM

Read Time:1 Minute, 54 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Konsep bermain sambil belajar menjadikan Petrosains Playsmart Kota Kinabalu menjadi antara pilihan ibu bapa dan penjaga membawa anak-anak untuk aktiviti cuti sekolah.

Melalui pelbagai pameran interaktif, ia juga menyediakan persekitaran yang merangsangkan peningkatan literasi sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Tinjauan Sabah Media ke Petrosains Playsmart Kota Kinabalu yang terletak di bangunan ibu pejabat Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) di sini mendapati pengunjung mula datang seawal jam 8.30 pagi meskipun ianya hanya dibuka pada jam 9 pagi.

Pengunjung dari Sandakan, Mohd Rozaini Jasni yang datang bersama isteri dan tiga anaknya mengambil peluang untuk berkunjung ke Petrosains Playsmart bagi memberi peluang dan pendedahan kepada anak mereka kepada dunia Sains.

“Sebenarnya kami datang ke Kota Kinabalu ini adalah atas urusan lain, namun apabila isteri memaklumkan mengenai lokasi ini, saya singgah sebentar untuk membawa anak melihat sendiri tempat ini.

“Bagi saya tempat ini amat baik untuk anak-anak terutama dalam mempelajari bidang Sains selain sesuai untuk membawa anak ketika cuti sekolah ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mohd Rozaini datang bersama isterinya, Nooryan Eucarpio dan tiga anak berusia antara satu hingga lapan tahun.

Masliah ketika menemani anaknya di salah satu permainan yang dipamerkan di Petrosains

Bagi seorang suri rumah, Masliah Bachee berkata, beliau hanya tahu tentang kewujudan Petrosains Playsmart itu menerusi aplikasi TikTok yang tukar sejak beberapa minggu lalu.

“Saya tahu mengenai Petrosains ini adalah melalui TikTok dan saya melihat tempat ini amat baik untuk anak-anak dalam memberi pendedahan kepada bidang Sains.

“Selain itu, tempat ini juga mampu memberi peluang untuk anak-anak mengisi masa lapang khususnya ketika cuti sekolah ini,” katanya.

Beliau datang bersama suami, Osman Ohdin dan empat orang anaknya berusia antara satu hingga 10 tahun.

Petrosains Playsmart Kota Kinabalu itu dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 5 petang manakala pada Sabtu dan Ahad ianya dibuka sehingga jam 2 petang.

Lokasi yang mempamerkan pelbagai perkara mengenai Sains itu mula dibuka pada 2012 namun pernah ditutup sementara bagi tujuan pengubahsuaian selain arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik Pandemik COVID-19.

Bagaimanapun ianya mula dikenali selepas lokasi berkenaan tular di media sosial khususnya TikTok yang menjadi lokasi sesuai untuk anak-anak mempelajari bidang Sains.Lokasi berkenaan boleh dipenuhi hingga 100 orang dalam satu masa. – SABAH MEDIA/EAW

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Teknologi membran selesai masalah pelbagai sektor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular