HomeIsu tempatanLelaki maut, kereta dipandu rempuh jengkaut

Lelaki maut, kereta dipandu rempuh jengkaut

Read Time:45 Second

SANDAKAN: Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya hilang kawalan dan merempuh sebuah jengkaut yang sedang parkir di bahu jalan di Jalan Buli Sim-Sim, dekat sini ,hari ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, siasatan awal polis mendapati ketika kejadian kira-kira jam 6.30 pagi tadi, mangsa yang memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger bergerak dari pusat bandar menuju ke rumahnya di Batu 1½.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian kenderaan dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan merempuh jengkaut yang diletakkan (parkir) di bahu jalan.

“Akibat kejadian itu, mangsa yang berusia 40 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Fuad lagi, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Duchess of Kent (HDOK) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Ko-Nelayan, UMS jalin kolaborasi bangun produk makanan hiliran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya