HomeUtamaKuasa kawal selia bekalan gas diberi kepada Kerajaan Sabah

Kuasa kawal selia bekalan gas diberi kepada Kerajaan Sabah

Read Time:1 Minute, 35 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

PUTRAJAYA: Kerajaan Persekutuan hari ini bersetuju untuk memindahkan kuasa mengawal selia bekalan gas di Sabah kepada Kerajaan Negeri berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tarikh pemindahan kuasa kawal selia kepada Sabah itu akan diputuskan berdasarkan perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

Katanya, hal seumpama itu sebelum ini pernah terjadi kepada Sarawak dan perkara ini diputuskan sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memartabatkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Hari ini untuk (bekalan) gas, kita pindahkan kuasa kawal selia bekalan gas yang dulu di peringkat Petronas dan Persekutuan, kini dipindahkan kepada Kerajaan Negeri Sabah.

“Ini telah berlaku untuk Sarawak (sebelum ini), dan ini dipindahkan kepada Sabah. Tarikh pelaksanaan itu tunggu perkenan YDP Agong, jadi proses (Sabah) itu, kelulusan Jemaah Menteri telah diperakui hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas selesai mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet di Bangunan Perdana Putra, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, selepas pelaksanaan pemindahan kuasa kawalselia itu, Keraaan Sabah selepas ini boleh meneruskan sebarang rundingan mengenai bekalan gas di peringkat negeri, tanpa perlu menunggu Persekutuan.

“Kuasa menetapkan harga (bekalan gas) dan juga perjanjian baharu itu dahulu diputuskan di pusat, tetapi dengan pemindahan kuasa ini, yang pernah berlaku di Sarawak, pemindahan ini menetapkan kuasa itu ke Sabah.

“Tapi tentu ada proses perundingan (yang perlu dilakukan dahulu), tapi kuasa itu (akan pergi) kepada Kerajaan Negeri,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, Jawatankuasa MA63 yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof diberi masa selama sebulan dari sekarang untuk memutuskan beberapa perkara baharu.

“Soal MA63 dipengerusikan TPM Fadillah, kita beri tempoh sebulan dan insya-Allah awal Januari, genap sebulan (dari sekarang) kita akan kemukakan beberapa kemajuan yang lebih baik untuk selesaikan sebahagian besar isu yang dibangkitkan.

“Walaupun begitu, ada ada hal-hal lain tentang pindaan undang-undang, itu terpaksa ditangguhkan sehingga sidang Parlimen seterusnya,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya