HomeUtamaAmaran hujan berterusan di beberapa negeri sehingga esok

Amaran hujan berterusan di beberapa negeri sehingga esok

Read Time:53 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap jingga (buruk) di beberapa negeri sehingga esok.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, antara kawasan terjejas adalah di Terengganu (Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) dan Pahang melibatkan daerah (Kuantan, Pekan dan Rompin).

Turut terjejas ialah Johor sekitar (Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

MetMalaysia turut memaklumkan bahawa pihaknya turut mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) di Kelantan, Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu), Pahang (Jerantut dan Maran) serta Johor (Segamat, Batu Pahat dan Pontian) bagi tempoh sama.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang dalam tempoh Jumaat, 23 Disember 2022 sehingga Sabtu, 24 Disember 2022.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di Sabah: Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat serta Labuan dalam tempoh Jumaat, 23 Disember 2022 sehingga Isnin, 26 Disember 2022,” kata MetMalaysia di sini hari ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular