HomeUtamaFenomena air laut pasang besar melimpah di jalan raya Tanjung Lipat

Fenomena air laut pasang besar melimpah di jalan raya Tanjung Lipat

Read Time:45 Second

KOTA KINABALU: Fenomena air laut pasang besar sehingga melimpah di jalan raya menyebabkan banjir kilat di Tanjung Lipat, Jalan Tun Fuad Stephen di sini, petang tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.15 petang tadi (22 Dis) mengenai kejadian banjir kilat di lokasi berkenaan.

Fenomena air laut pasang besar di Tanjung Lipat.

“Setibanya pasukan Bomba di lokasi mendapati berlaku banjir di laluan utama Jalan Tun Fuad Stephen, Kota Kinabalu.

“Kejadian ini adalah disebabkan pertembungan air pasang ditambah dengan taburan hujan luar biasa menjadi faktor berlakunya banjir di kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, laluan jalan raya hanya boleh dilalui oleh kenderaan besar sahaja.

‘Manakala keadaan trafik pada masa ini adalah pelahan dan pemantuan banjir masih diteruskan oleh pasukan Bomba di kawasan tersebut. Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama penjawat awam penting, pacu pembangunan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular