HomeIsu tempatanWanita maut dihempap pokok tumbang

Wanita maut dihempap pokok tumbang

Read Time:50 Second

PAPAR: Seorang wanita maut selepas rumahnya dihempap pokok tumbang dalam satu kejadian di Kampung Laut Kinarut dekat sini, petang tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.59 petang tadi (22 Dis) mengenai kejadian tersebut.

“Pasukan Bomba bergegas ke lokasi kejadian mendapati sebatang pokok ara tumbang menghempap tiga buah rumah dan mengalami kerosakan 80 peratus.

“Terdapat seorang mangsa perempuan terlibat dihempap pokok kayu ara berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut kenyataan itu, pasukan bomba bertindak memotong pokok tersebut menggunakan gergaji berantai dan mengeluarkan mangsa namun disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di tempat kejadian.

“Mangsa dikenali sebagai Katizah Juani berusia 55 tahun itu, mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Setelah memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan pada jam 5:29 petang tadi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Tiga gerai jual makanan rosak dihempap pokok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya