HomeUtamaHajiji bertemu peserta Sports Visitor Program 2023

Hajiji bertemu peserta Sports Visitor Program 2023

Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bertemu 12 daripada 14 jurulatih dan pegawai pentadbir sukan Sabah yang dipilih untuk menyertai Sports Visitor Program 2023, bermula 6 hingga 23 Januari 2023, di Amerika Syarikat.

Semasa pertemuan itu di Menara Kinabalu pada Khamis, Ketua Menteri turut mengingatkan semua peserta dari Sabah itu agar sentiasa menjaga keselamatan diri, nama baik negara dan juga negeri, sepanjang berada di negara berkenaan, kerana peluang seperti itu bukan senang diperolehi.

Sambil melahirkan rasa bangga dan merakamkan tahniah dengan pemilihan mereka, beliau berharap ilmu dan kemahiran yang diperoleh akan dikongsi dengan komuniti tempatan.

Dalam pada itu, program ini akan memperkenalkan para peserta kepada gaya kepimpinan dan amalan terbaik dalam bidang sukan, khususnya bola sepak.

Para peserta akan mempelajari teori dan teknik kejurulatihan terkini serta bertemu dengan organisasi sukan bertaraf dunia di Philadelphia dan Miami.

Mereka juga akan menghadiri Konvensyen United Soccer Coaches 2023, acara pembangunan profesional terkemuka untuk jurulatih dan pegawai pentadbir bola sepak.

Anak-anak Sabah yang terpilih adalah antaranya Farish Aziz dan Hafipah Mohaidil daripada Likas, Abdul Rahim Abu (Bongawan), Alice Mic Michael (Kiulu), Evlin Sulaiman (Tenom), Melvin Tan (Kota Belud), Rizal Hamid (Putatan), Awang Shahzmee (Tuaran), Annabelle Andrews dan Lindsay Michael (Ranau), Nazrin Noin (Papar), Fitri Amri (Banggi), Ayrton Sikawah dan Elecsie Joseph (Penampang).

Semua peserta ini telah dipilih oleh Kedutaan A.S. di Kuala Lumpur dengan kerjasama Majlis Belia Sabah dan Kelab Bola Sepak Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

300 peserta hadir seminar sempena Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular