HomeUtamaLapan negeri berdepan hujan lebat, ribut petir pagi ini

Lapan negeri berdepan hujan lebat, ribut petir pagi ini

Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU : Lapan buah negeri dilaporkan akan berdepan dengan cuaca buruk ketika ini sehingga jam 10 pagi ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di sekitar negeri Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak).

Sementara itu, di Selangor melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang serta seluruh kawasan Putrajaya.

“Cuaca buruk sama turut melanda Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau) serta tertumpu di semua kawasan di Melaka, pagi ini.

“Selain itu, hujan lebat serta ribut petir dilihat berisiko melanda Sarawak yang hanya tertumpu sekitar Miri (Miri), manakala bagi negeri Sabah, melibatkan Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat) termasuk di Labuan,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

MetMalaysia memaklumkan bahawa, ekoran cuaca buruk tersebut, pihaknya turut mengeluarkan amaran ribut petir di kawasan-kawasan terlibat disebabkan terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular