PAPAR: Seorang lelaki cedera selepas cuba menyelamatkan diri dalam satu kejadian kebakaran rumah di Kampung Sabandil, di sini, pagi tadi.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.56 pagi mengenai kejadian kebakaran itu.
“Sepasukan Bomba bergegas ke lokasi kejadian mendapati kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis kekal terbakar 90 peratus. Terdapat seorang mangsa mengalami kecederaan ringan terluka di kaki ketika menyelamatkan diri.
“Mangsa seorang lelaki berusia 39 tahun itu kemudiannya diberi rawatan oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Operasi terkawal dan tamat sepenuhnya pada jam 10.33 pagi.