HomeUtamaBekalan makanan mencukupi sepanjang musim perayaan

Bekalan makanan mencukupi sepanjang musim perayaan

Read Time:3 Minute, 46 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah memberi jaminan bahawa bekalan makanan dan keperluan di negeri ini mencukupi sepanjang musim perayaan sehingga Tahun Baru Cina 2023.

Menterinya Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan berkata kementeriannya akan terus komited memastikan bekalan makanan stabil dan mencukupi sepanjang musim perayaan sehingga menjelang persiapan bagi menyambut Tahun Baru Cina pada penghujung bulan Januari 2023.

Katanya, langkah awal telah dilakukan pihaknya bagi memastikan isu kekurangan bekalan tidak timbul dan stok bekalan makanan yang menjadi keperluan asas seperti telur, daging, ayam, ikan, buah-buahan dan sayuran adalah pada paras stabil dan mencukupi.

“Secara umumnya, bekalan makanan bagi komoditi sayur-sayuran dan buah-buahan di negeri Sabah adalah mencukupi.

“Berdasarkan data Jabatan Pertanian Sabah tahun 2021, pengeluaran bagi tiga jenis tanaman sayur-sayuran iaitu kubis bulat, cili merah dan tomato adalah masing-masing 7,788 tan, 741 tan dan 1,162 tan berbanding keperluan adalah sebanyak 8,274 tan, 736 tan dan 1,383 tan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Jeffrey berkata, bagi menampung kekurangan keperluan pada tahun tersebut, Sabah telah mengimport masing-masing sebanyak 578 tan, 32 tan dan 471 tan.

Katanya, bagi tahun ini, anggaran pengeluaran jenis sayuran yang sama masing-masing adalah 8,411 tan, 800 tan dan 1,255 tan.

“Manakala keperluan sepanjang tahun dianggar sebanyak 8,278 tan, 758 tan dan 1,414 tan. Dianggarkan keperluan sepanjang bulan Januari 2023 adalah 0.68 tan kubis bulat, 0.06 tan cili merah dan 0.12 tan tomato.

“Berdasarkan rekod kemasukan konsainan pertanian Jabatan Pertanian Sabah pada bulan November 2022 mencatatkan permohonan sebanyak 23,000 kg cili merah untuk dibawa masuk ke negeri Sabah,” katanya.

Sementara itu, Jeffrey berkata, dari sektor perikanan berdasarkan data Jabatan Perikanan, Sabah merupakan satu-satunya pengeluar bekalan ikan melebihi keperluan penduduknya dengan Self Sufficiency Level (SSL) melebihi 100 peratus. Kadar konsumsi ikan rakyat Sabah (PCC) anggaran 46.4 kilogram per tahun.

Katanya, pengeluaran kasar ikan di Sabah pada tahun 2021 direkodkan berjumlah 405,501.31 tan metrik.

“Pengeluaran ini menunjukkan trend kenaikan 1.14 peratus dari tahun sebelumnya. 53.31% adalah dari subsector perikanan tangkap iaitu 216,319 metrik tan, manakala dari subsector akuakultur ialah 46.65% peratus iaitu 189,307 tan metrik  dan sedikit sumbangan perikanan darat 0.04% sekitar 175.68 metrik tan.

“Bagaimanapun bagi sumber bekalan untuk konsumsi rakyat tempatan, hasil perikanan tangkap lebih mendominasi kerana pendaratan jenis “íkan rakyat” paling banyak di daratkan (Ikan Basung, Kembung, Tulai, Kayu, Tuna dan sebagainya).

“Hasil akuakultur yang dikeluarkan sebahagiannya bagi tujuan eksport (Udang kolam, rumpai laut dan ikan sangkar). Anggaran pendaratan perikanan tangkap setakat November 2022 adalah berjumah 203,356.26 tan metrik.

“Berdasarkan kepada trend ini, pihak kementerian yakin bekalan ikan di Sabah sepanjang musim perayaan adalah mencukupi. Kementerian memberi jaminan dan menasihati rakyat di Sabah agar tidak perlu risau mengenainya.

“Kalau kemungkinan harga sedikit meningkat dari kebiasaan ianya adalah lumrah berlaku pada setiap perayaan tetapi ianya untuk tempoh jangka pendek sahaja,” katanya.

Beliau menambah, ramai pengusaha perikanan di negeri ini, memiliki kilang dengan peti simpanan sejuk (Cold-room) menyimpan hasil ikan yang berlebihan ditangkap di bulan-bulan tertentu.

“Mereka akan mengeluarkan stok ikan-ikan ini untuk dijual apabila bekalan ikan berkurang terutama di musim perayaan.

“Disamping itu, setiap tahun pada bulan Disember sehingga Mac adalah musim tengkujuh yang berisiko kepada nelayan-nelayan untuk turun ke laut beroperasi dan sudah tentunya pengusaha-pengusaha kapal komersial dijangka akan berehat untuk 3 – 5 hari semasa musim perayaan dan dijangka akan berlaku sedikit pengurangan pendaratan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, berdasarkan data Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah, bekalan komoditi ternakan seperti bekalan daging ayam, khinzir dan telur ayam juga adalah mencukupi untuk menampung keperluan domestik walaupun berlaku sedikit trend penurunan.

Katanya, pengeluaran bekalan telur ayam masih dalam keadaan terkawal iaitu sebanyak 2.7 juta biji sehari bagi menampung keperluan domestik.

“Terdapat sedikit penurun dalam pengeluaran daging ayam iaitu secara purata sebanyak 10% hingga 15% dan begitu juga dengan daging khinzir sebanyak 30%. Walaupun berlaku sedikit penurunan dari segi pengeluaran daging ayam dan khinzir, bekalan masih mencukupi dan dapat menampung keperluan domestik.

“Tahun 2022 juga, pengeluaran ayam pedaging adalah sebanyak 32 juta ekor setahun dengan jumlah penyembelihan sebanyak 90,000 ekor sehari; pengeluaran babi sebanyak 109,500 ekor setahun dengan jumlah penyembelihan sebanyak 300 ekor sehari.

“Sehubungan dengan itu, kementerian akan terus berusaha dan bekerjasama dengan kementerian/jabatan/agensi yang lain dalam memastikan bekalan makanan di negeri ini akan terus berada pada tahap yang stabil, mencukupi dan terkawal sepanjang masa,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular