HomeIsu tempatanJelajah Khatan Perdana bantu ringankan beban keluarga memerlukan

Jelajah Khatan Perdana bantu ringankan beban keluarga memerlukan

Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Sempena cuti sesi persekolahan hujung tahun 2022, Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) telah mengadakan program Jelajah Khatan Perdana UMS yang bermula pada 11 hingga 19 Disember 2022 lalu.

Program ini melibatkan beberapa buah daerah di Sabah antaranya Pusat Rawatan Warga UMS Kota Kinabalu (11 Disember), Rumah Anak Yatim Tambunan (13 Disember), Masjid Riyadhus Solihin, Keningau (15 Disember), Pusat Rawatan Warga UMS Kota Kinabalu (17 Disember) dan Masjid Jami’ Kariah Kerukan, Kuala Penyu (19 Disember).

Salah seorang anak kakitangan UMS yang turut menyertai Khatan Perdana.

Siri Jelajah Khatan Perdana UMS ini melibatkan sekitar 255 orang peserta yang terdiri daripada anak-anak kakitangan UMS dan kategori kumpulan keluarga yang kurang berkemampuan berumur dari lima hingga 16 tahun.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, program seperti ini dapat meluaskan lagi visibiliti HUMS ke seluruh pelusuk negeri Sabah.

“Secara tidak langsung, ia dapat memperkenalkan perkhidmatan kesihatan yang terdapat di HUMS kepada masyarakat dari luar UMS.

“Saya juga dimaklumkan program Khatan Perdana ini dianjurkan secara percuma dan sudah pasti dapat mengurangkan beban kewangan kepada keluarga yang terlibat,” katanya pada majlis perasmian Jelajah Khatan Perdana yang diadakan di Pusat Rawatan Warga UMS baru-baru ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pustakawan UMS, Md Sazali Md Salleh.

Peserta mendaftar di Pusat Rawatan Warga.

Kasim juga berharap agar program seperti ini akan dapat terus diadakan pada masa hadapan dengan menjelajah ke daerah-daerah lain yang terdapat di negeri Sabah.

“Saya cadangkan agar program kesihatan lain dapat diperluaskan lagi seperti pemeriksaan kesihatan percuma di daerah-daerah mahupun kampung-kampung yang terdapat di negeri Sabah bagi memudahkan masyarakat mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan sekali gus dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan kakitangan kesihatan dan masyarakat.

“Diharapkan hubungan antara kalangan warga UMS dengan masyarakat sekitarnya dapat dieratkan lagi dan secara tidak langsung dapat mengurangkan beban keluarga yang terlibat dalam urusan program khatan ini.

Turut hadir, Pengarah HUMS, Prof. Dr. Helen Benedict Lasimbang serta pengurusan HUMS. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Laluan masuk jejantas Skybridge ke Centre Point dibuka kepada awam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya