HomeUtamaBomba selamatkan 25 pengunjung terperangkap banjir

Bomba selamatkan 25 pengunjung terperangkap banjir

Read Time:1 Minute, 1 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA BELUD: Seramai 25 orang pengunjung terperangkap dalam bencana banjir yang melanda di salah sebuah pusat peranginan di Kg Melangkap Baru dekat sini, semalam.

Pasukan Bomba menyelamat 25 mangsa terperangkap dalam banjir di salah sebuah pusat peranginan di Kg Melangkap Baru, Kota Belud hari ini. – Foto ihsan JBPM Sabah.

“Pasukan Bomba bertindak membuat pemeriksaan kawasan yang dinaiki air dan memeriksa keadaan mangsa serta memberi nasihat untuk ke tempat yang selamat,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Operasi menyelamat dijalankan pasukan Bomba di lokasi kejadian. – Foto ihsan JBPM Sabah.

Menurut Muhammad Syazwan, operasi mengeluarkan mangsa dari kawasan banjir dijalankan pada jam 6:00 pagi tadi dengan menggunakan sistem Hauling.

“Kesemua 25 mangsa berjaya di keluarkan pasukan Bomba dengan selamat pada jam 7.30 pagi hari ini,” katanya.

Tambah beliau, mangsa (pengunjung) terdiri lima lelaki dan 20 perempuan membabitkan dari Lahad Datu (7 orang), Sarawak (3 orang) dan Putatan (15 orang).

“Kesemua mangsa kini ditempatkan sementara di homestay berhampiran serta ada keluarga mangsa yang datang menjemput.

“Keadaan air banjir semakin surut namun terdapat enam buah kenderaan pelbagai jenis milik mangsa masih terperangkap di kawasan terbabit.

“Operasi terkawal pada jam 7:35 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 8 pagi tadi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular