HomeIsu tempatanHati-hati perubahan cuaca, pastikan keselamatan sentiasa terjaga - Arifin

Hati-hati perubahan cuaca, pastikan keselamatan sentiasa terjaga – Arifin

Read Time:1 Minute, 14 Second

MEMBAKUT : Masyarakat di negeri ini khususnya yang meraikan sambutan Hari Krismas dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dengan perubahan cuaca yang tidak menentu.

Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, sikap berwaspada itu perlu bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga sentiasa terjaga.

Katanya, ini termasuklah keselamatan di jalan raya mahupun di persekitaran perumahan.

“Kita mungkin menghadapi perubahan cuaca dan cuaca yang kurang mengizinkan, jadi saya menasihatkan masyarakat terutama yang meraikan sambutan Hari Krismas agar berhati-hati dan menjaga keselamatan diri dan keluarga masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Ambang Hari Natal 2022 di sini, semalam.

Pada majlis tersebut, Arifin menyampaikan sumbangan tahunan bagi gereja-gereja seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut berjumlah RM52,500 kepada 17 buah gereja di sekitar Membakut.

“Sumbangan RM2,000 dan RM3,000 ini adalah mengikut keperluan gereja masing-masing.

“Pada tahun lalu, gereja memberi fokus kepada tandas dan dapur tetapi pada tahun ini sumbangan digunakan untuk menampung keperluan aktiviti mereka,” katanya.

Antaranya gereja yang terlibat ialah Paroki St. Patrick, Komuniti Umat Khatolik (KUK) St. Veronica Tiong Baru, KUK St. Philip Sinoko, KUK St. Thomas More Poring, KUK St Mary Paung, KUK St. Petrus Penopok, KUK St. Augustine of Hope Tamalang, Gereja Anglikan Membakut, Gereja Kristus Raja Kg Dungau, Basel Church Christian Malaysia (BCCM) Kg. Bawan dan BCCM Kg. Bingkulas.

Dalam pada itu, beliau berharap hubungan baik serta perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum serta agama dapat dikekalkan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Teknologi membran selesai masalah pelbagai sektor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular