HomeUtamaSatu lagi PPS dibuka di Kota Belud

Satu lagi PPS dibuka di Kota Belud

Read Time:1 Minute, 3 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU:  Satu lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa Kota Belud hari ini susulan kejadian banjir yang berlaku di daerah berkenaan.

Setakat jam 4 petang tadi, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan sebanyak tiga PPS telah dibuka.

Pagi tadi, dua PPS telah dibuka di daerah Pitas bagi menempatkan seramai 223 mangsa yang terjejas dengan fenomena air pasang dan ombak besar.

Antara PPS yang dibuka adalah di Dewan Kampung Mempakad dan di Balai Raya Agropolitan Kampung Pinggan-Pinggan.

“Manakala di Kota Belud iaitu di PPS Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa, seramai 13 mangsa melibatkan lima ketua isi rumah (KIR) ditempatkan di PPS ini,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melalui laman sesawang mereka telah mengeluarkan amaran hujan berterusan di Sabah sehingga 26 Disember depan.

Antara kawasan yang terlibat ialah di Pedalaman, iaitu Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort serta bahagian Pantai Barat.

Selain itu, turut terkesan ialah Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan); Kudat serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang mahupun dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas jika tidak senonoh ketika sambutan Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya