HomeLuar negaraIbu tidak tahu Pele sudah tiada

Ibu tidak tahu Pele sudah tiada

Read Time:1 Minute, 4 Second

AGENSI

RIO DE JANEIRO : Ibu Pele, Celeste Arantes dilaporkan tidak menyedari bahawa legenda bola sepak Brazil itu sudah meninggal dunia.

Pele, 82, menghembuskan nafas terakhirnya ketika dirawat di Hospital Israelita Albert Einstein di Sao Paulo pada Khamis lalu.

Pada November lalu, Pele sempat memuat naik status mendoakan kesihatan dan kebahagiaan sempena ulang tahun kelahiran ke-100 ibunya di Instagram.

“Saya dan ibu ada berbicara mengenainya (kematian Pele) tetapi dia seolah-olah tidak peka dengan situasi di sekelilingnya.

“Ibu berada dalam dunianya sendiri,” kata satu-satunya saudara kandung Pele yang masih hidup, Maria Lucia do Nascimento.

Tambah Maria lagi, ibunya ada memberi sedikit reaksi apabila dia menyebut nama timangan Pele semasa cuba menyampaikan berita kematian abangnya.

“Ibu membuka matanya apabila saya menyebut nama Dico (nama timangan Pele), itu sahaja reaksinya,” kata wanita berusia 78 tahun itu.

Difahamkan, ibu Pele kini terlantar sakit dan menghabiskan masanya di atas katil di kediamannya di Santos, Sao Paulo.

Digelar sebagai ‘O Rei’ atau Raja, Pele merupakan antara pemain bola sepak Brazil yang paling banyak mendapat perhatian daripada pelbagai pihak di seluruh dunia berikutan kelincahan aksinya di atas padang.

Sepanjang bergelar pemain bola sepak profesional, Pele sudah menjaringkan lebih 1,000 gol dan membawa pasukan Brazil memenangi Piala Dunia sebanyak tiga kali pada 1958, 1962 dan 1970. – AGENSI 

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Nguyen Anh Minh & Sieun Lee dinobatkan juara Kejohanan Golf Amatur...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular