HomeIsu tempatan2 penunggang motosikal maut, Dipercayai bergesel sesama sendiri

2 penunggang motosikal maut, Dipercayai bergesel sesama sendiri

Read Time:1 Minute, 0 Second

KINABATANGAN – Dua penunggang motosikal maut selepas disyaki berlumba dalam kejadian kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 65 Jalan Sandakan-Lahad Datu-Kinabatangan pada malam Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, dua lelaki yang belum diketahui identiti disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dipercayai terdapat seorang lagi mangsa yang selamat.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, kemalangan terbabit melibatkan tiga motosikal yang ditunggang tiga pekerja ladang di daerah ini.

“Siasatan awal di lokasi mendapati, ketiga-tiga penunggang motosikal itu bergerak dari arah Lahad Datu menuju ke Sandakan namun telah hilang kawalan kerana disyaki berlumba sebelum berlanggar antara satu sama lain.

“Akibat kejadian itu, motosikal mereka terbabas ke bahu jalan sebelah kiri dan tiada sebarang kesan kenderaan lain.

“Dua daripadanya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Kinabatangan manakala seorang lagi tidak dijumpai di lokasi dan dipercayai telah beredar dari kawasan kemalangan,” katanya

Katanya lagi, kedua-dua mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk dibedah siasat.

“Hasil pemeriksaan juga mendapati kedua-dua mangsa tidak disyaki mabuk namun sampel darah dan air kencing telah diambil untuk tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Yayasan Qhazanah Sabah ceriakan pesakit Hospital Sipitang menerusi sumbangan krismas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular