HomePolitikTujuh ADUN UMNO Sabah bertemu Hajiji

Tujuh ADUN UMNO Sabah bertemu Hajiji

Read Time:1 Minute, 21 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Spekulasi cubaan untuk menukar Kerajaan Negeri dilihat belum berjaya apabila tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Sabah dilihat berkunjung ke kediaman Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor semalam.

Perkara itu dikuatkan lagi menerusi perkongsian hantaran di Facebook rasmi Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif yang memuat naik sekeping gambar pemimpin berkenaan hadir ke kediaman Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Menerusi hantaran itu, Arifin berkata, pertemuan dan kunjungan itu diketuai oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah Datuk Yakub Khan.

“ADUN-ADUN UMNO diketuai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah Datuk Yakob Khan berkunjung silaturahmi kepada YAB Ketua Menteri di kediaman beliau,” katanya.

Antara ADUN yang hadir dalam pertemuan itu ialah ADUN Tanjung Batu Datuk Andi Muhammad Surady Bandy; Datuk Mohamad Hamsan (Sungai Sibuga); Datuk Dr Yusuf Yaakob (Sindumin); Datuk James Ratib (Sugut); Ketua Penerangan UMNO, Datuk Raimi Unggi dan Datuk Harun Durabi (Bengkoka).

Difahamkan pertemuan bersama Hajiji itu dibuat selepas tujuh ADUN UMNO itu selesai mengadakan perjumpaan bersama pemimpin-pemimpin UMNO di bangunan UMNO Sabah petang semalam.

Menurut sumber, seramai 11 ADUN UMNO Sabah telah menyatakan sokongan kepada kepimpinan Hajiji bagi menerajui Kerajaan Negeri.

Terdahulu, Hajiji bersama semua ADUN GRS dan Pakatan Harapan (PH) menghadiri Majlis Ramah Mesra Tahun Baharu 2023.

Pada majlis itu, semua ADUN yang hadir menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Semalam, terdapat cubaan untuk menukar Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menerusi ‘Langkah Kinabalu’ yang dikatakan ada kaitan dengan gerakan daripada segelintir pemimpin Parti Warisan (WARISAN) dan Barisan Nasional (BN). – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

QSB kukuh kolaborasi dalam pengurusan kesihatan pekerja asing

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya