HomeUtamaHajiji menghadap Tun Juhar di Istana Seri Kinabalu

Hajiji menghadap Tun Juhar di Istana Seri Kinabalu

Read Time:33 Second

KOTA KINABALU : Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor tiba di pintu masuk utama Istana Seri Kinabalu kira-kira jam 4.20 petang tadi bagi menghadap Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin.

Hajiji yang tiba menaiki kenderaan rasmi terus memasuki Istana Seri Kinabalu.

Difahamkan pertemuan hampir sejam itu adalah untuk mempersembahkan senarai nama ahli Jemaah Menteri Kabinet yang baharu susulan rombakan Kabinet seperti yang diumumkan beliau sebelum ini.

Sebaik selesai mengadakan pertemuan bersama Tun Juhar, kenderaan rasmi yang membawa Hajiji dilihat keluar dari pintu Istana Seri Kinabalu kira-kira jam 5.12 petang tadi.

Beliau turut melambai tangan kepada pengamal media yang membuat liputan sejak awal pagi tadi. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

MTCP : Diplomasi Budaya 2024 kukuhkan hubungan dua hala

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular