HomeUtamaJasnih Daya tetap pendirian bersama kerajaan pimpinan Hajiji

Jasnih Daya tetap pendirian bersama kerajaan pimpinan Hajiji

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya tetap dengan pendirian bersama dengan kerajaan pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor.

Jasnih mengakui beliau diminta untuk menandatangani Surat Akuan untuk mengubah kerajaaan.

“Saya sekali lagi telah diminta oleh Kepimpinan Barisan Nasional (BN) untuk menandatangani Surat Akuan untuk mengubah kerajaan yang ada kepada Kerajaan BN+Warisan dan meletakkan Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai Ketua Menteri.

“Saya telah mengambil keputusan tidak menyokong perubahan kerajaan kerana beberapa faktor yang diambil kira daripada sudut profesional dan peribadi. Tetapi hakikatnya saya akan terus menyokong kerajaan yang ada di bawah kepimpinan Datuk seri Hajiji Noor selagi saya bergelar ADUN di Pantai Dalit,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Jasnih juga faham akan risiko tindakan beliau itu namun bersedia dan terbuka untuk menerima hukuman atau dipecat daripada Parti UMNO.

“Saya tidak akan mengubah prinsip saya untuk bersekongkol dengan parti Warisan yang saya lawan bertanding ketika Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN16). Saya percaya kerajaan yang ada di bawah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor telah memberikan 100 peratus untuk rakyat negeri ini dan patut diberikan peluang untuk menamatkan tempoh kerajaan yang ada dua tahun lagi sehingga habis penggal tanpa menyusahkan rakyat.

“Hidup ini hanya sekali, saya membuat keputusan untuk bukan sahaja menjaga prinsip saya tetapi juga maruah keluarga dan bangsa saya.

“Justeru, sebelum saya dipecat daripada Parti UMNO, saya ingin berterima kasih diatas sokongan Ketua-Ketua Cawangan kepada saya selama saya menjadi Timbalan Ketua Bahagian UMNO Tuaran dan mengharapkan semua sentiasa dilindungi Allah SWT,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Letusan Gunung Ruang: MET Malaysia keluar Amaran Cuaca Penerbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya