HomeUtamaKebajikan media dapat perhatian isteri TYT Sabah

Kebajikan media dapat perhatian isteri TYT Sabah

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU : Kebajikan media terus mendapat perhatian Istana Seri Kinabalu khususnya Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Selepas menyumbang pek makanan tengah hari dan malam, malam Ahad lalu, dua unit khemah dengan ukuran 20′ x 20′ mula didirikan di sudut bertentangan pintu gerbang Istana Seri KInabalu.

Setiausaha Perhubungan Kepada Tuan Yang Terutama Datuk Mohd Rashid Mohd Tahir berkata, kemudahan tersebut bagi memberi keselesaan kepada para petugas media yang bertungkus-lumus membuat liputan setiap hari di pintu masuk istana berkenaan.

“Atas keprihatinan Toh Puan terhadap petugas-petugas media yang membuat laporan berita di bulatan Istana Seri Kinabalu, kami telah sempurnakan hasrat murni beliau dengan mendirikan dua unit khemah untuk memberi keselesaan kepada mereka (media) agar tidak berhujan dan panas terik matahari,” katanya kepada media.

Dalam pada itu, Mohd Rashid turut menguruskan sumbangan berupa pek makanan tengah hari dan makan malam kepada kira-kira 50 petugas media sebagai menghargai peranan dan tugas media.

Selain istana, semalam beberapa pihak NGO serta pemimpin juga tampil menyumbang makanan serta minuman kepada petugas-petugas media antaranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama yang diwakili Dr Mohd Saifullah Mohd Hisham.

Petugas media berkumpul di bulatan istana tersebut sejak beberapa hari lalu untuk memantau serta melaporkan perkembangan harian berkaitan kemelut politik di Sabah.

Berada di lokasi bagi menyelaras keperluan serta liputan media ialah para pegawai penyelaras Jabatan Penerangan Negeri (JAPEN) Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular