HomeUtamaSemangat Perpaduan Tunjang Kejayaan Masyarakat Foochow

Semangat Perpaduan Tunjang Kejayaan Masyarakat Foochow

Read Time:1 Minute, 54 Second

KOTA KINABALU: Semangat perpaduan merupakan tunjang kejayaan masyarakat Foochow dalam pelbagai bidang, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, pepatah menyebut “memakmurkan jiran anda” (Prosper Your Neighbour) dengan menjaga dan menyokong diantara satu sama lain telah menjadi asas kejayaan masyarakat Foochow.

“Ramai yang boleh belajar daripada masyarakat Foochow, bahawa perpaduan adalah tunjang kejayaan dan kemakmuran. Malah Foochow juga amat terkenal sebagai masyarakat yang tabah serta pintar dalam perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina 2023 Gabungan Persatuan-Persatuan Foochow Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan (The Federation of Foochow Association of Sabah & W.P. Labuan) di Dewan Hakka Sabah, malam tadi.

Teks ucapan Hajiji disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan.

Hajiji berkata, masyarakat Foochow di Sabah yang kebanyakannya datang dari negeri Sarawak, mempunyai hubung kait dengan perkembangan ekonomi dan pembangunan
negeri Sabah.

Menurutnya, pada awalnya mereka bekerja sebagai petani, guru dan menjawat awam, selain turut terlibat dalam industri perkayuan, pertanian, pembinaan, percetakan dan media, perdagangan dan kewangan.

Contohnya, Hock Hua Bank merupakan antara institusi kewangan yang ditubuhkan oleh masyarakat Foochow.

Katanya, kini generasi baharu Foochow terlibat dalam bidang profesional seperti menjadi peguam, jurutera, kontraktor, akauntan, ahli farmasi dan lain-lain.

Beliau gembira mengetahui Gabungan Persatuan-Persatuan Foochow Sabah telah banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri ini, melalui perdagangan dan perniagaan.

“Masyarakat Foochow di Sabah juga terlibat secara aktif dalam pembangunan ekonomi, pendidikan, budaya, masyarakat, politik dan lain-lain sejak sekian lama. Saya berharap masyarakat Foochow akan terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang yang diceburi, terutama dalam membantu pemulihan ekonomi selepas Pandemik COVID-19.

“Saya ingin melihat gabungan anda melakukan lebih banyak lagi dan terus menyokong usaha kerajaan negeri untuk memulihkan ekonomi negeri ini. Berikanlah sokongan dan kerjasama kepada Kerajaan Negeri bersama-sama bantu merealisasikan misi dan visi menjadikan Sabah sebuah negeri yang membangun, makmur, maju dan berjaya demi kepentingan rakyat serta negeri ini”, tegasnya.

Hajiji juga memuji masyarakat Foochow kerana telah mewujudkan beberapa lagi cawangan baru persatuan itu di beberapa daerah di negeri ini, seperti Penampang,
Sipitang dan Lahad Datu.

“Sudah tentu dengan adanya cawangan baharu ini, hubungan dan kerjasama dalam kalangan masyarakat Foochow bersama masyarakat lain akan lebih erat lagi, terutamanya dalam bidang ekonomi, perdagangan, pendidikan, budaya dan lain-lain”, tambahnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Lebih 5,000 pengunjung meriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Kewangan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya