HomeSukanTiga pemain import baharu perkuat Sabah FC

Tiga pemain import baharu perkuat Sabah FC

Read Time:1 Minute, 14 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Sabah FC semalam mengumumkan tiga pemain import baharu masing-masing dari Brazil; Portugal dan Nigeria bagi memperkuatkan lagi pasukan itu bagi mengharungi Liga Super musim ini.

Antara yang diumumkan ialah bekas pemain Gremio Esportivo Brasil, Gabriel Peres; bekas pemain kelab IBV di liga Iceland Telmo Castanheira dan bekas pemain import Kelantan yang berasal dari Nigeria, Jacob Njoku.

Pengumuman tiga pemain import skuad Badak itu diumumkan menerusi hantaran di media sosial Facebook rasmi Sabah FC semalam.

Dengan pengumuman itu juga, Sabah FC kini telah mempunyai lima pemain import termasuk Saddil Ramdani dan Park Taesu yang telah disambung kontrak bersama pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Gabriel Peres yang baru berusia 26 tahun itu boleh bermain di posisi pertahanan tengah selain mampu melakukan hantaran jauh dan dekat yang sangat baik.

Pemain berasal dari Portugal, Telmo Castanheira merupakan bekas pemain bawah 17 tahun Portugal serta berkebolehan beraksi di posisi attacking midfielder dan defensive midfielder.

Manakala, Jacob Njoku sebelum ini pernah beraksi bersama Kelantan United musim lalu dan mempunyai pengalaman beraksi bersama-sama kelab di luar negaranya sejak 2016 .

Selain tiga pemain import baharu, Sabah FC turut diperkuatkan dengan pemain pinjaman dari JDT iaitu Daniel Ting.

Sebelum ini Sabah FC telah mengumumkan beberapa pemain baharu antaranya Darren Lok; Irfan Zakaria; Jafri Chew; Dinesh Rajasingham; Daniel Haqim dan S.Kumaahran.

Beberapa pemain yang bermain dengan Sabah FC musim lalu turut disambung kontrak, antaranya Stuart Wilkin dan Dominic Tan.- SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala Malaysia : Perlawanan ini sangat penting – Martin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular