HomePolitikAhli Jemaah Menteri baharu Sabah disifatkan inklusif

Ahli Jemaah Menteri baharu Sabah disifatkan inklusif

Read Time:1 Minute, 12 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Ahli Jemaah Menteri Sabah yang baharu disifatkan sangat inklusif kerana mempunyai pasukan merangkumi hampir semua kaum, agama dan kepelbagaian ideologi politik yang tidak menghalang penyatuan rakyat Sabah.

Timbalan Ketua Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Jamain Sarudin berkata, pelantikan itu menunjukkan bahawa kabinet yang diumumkan kelmarin adalah suara Sabah.

“Sebagai Sabahan, Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin patut bangga kerana Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor telah menggunakan kebijaksanaan berdiplomasi dengan memberikan penghormatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bersetuju menangguhkan rombakan kabinet yang sepatutnya sebelum Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Jamain, Hajiji telah dan dengan bijaksana memimpin serta menjalankan kuasa menggunakan prerogatif seorang Ketua Menteri berasaskan perlembagaan dalam melantik anggota kabinetnya.

“Justeru itu, ia telah menyedarkan Sabahan dalam membuat keputusan secara majoriti sekali gus menyemai keberanian dikalangan masyarakat Sabah keseluruhannya,” tambahnya.

Jamain turut berkata, Hajiji selaku Ketua Menteri dapat menyelesaikan kemelut politik yang tidak disukai oleh rakyat dalam waktu yang pantas. Ini juga untuk mengelakkan perbalahan politik antara Sabah Dan Persekutuan.

“Selain itu, beliau (Hajiji) juga bijak memilih sekutu yang mempunyai misi yang sama iaitu mengembalikan hak-hak Sabah tanpa perlu terlalu berpolitik yang hanya akan menjerumuskan Sabah lebih kebelakang.

“Ini membuktikan kewibawaan beliau, tidak mudah mengalah, jitu, tegas, tidak dipengaruhi oleh orang luar dan bersedia memberikan pasukan yang lebih berkomitmen serta mewujudkan budaya politik matang dan lebih terbuka,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular