HomeEkonomiSabah Alu-alukan Pelabur Asing

Sabah Alu-alukan Pelabur Asing

Read Time:43 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengalu-alukan para pelabur asing untuk melabur di Sabah, termasuk dari negara China.

“Sabah sentiasa mengalu-alukan pelabur asing dari mana-mana negara yang berminat untuk melabur di negeri ini. Banyak sektor yang boleh diterokai bersama.

“Kita merupakan negeri yang mesra pelabur dan berharap akan menjadi destinasi menarik bagi pelaburan. Ini akan membantu merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada Huazhi (China) Limited Company di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Huazhi diketuai oleh Naib Presidennya, Ma Haitao.

Turut hadir ialah Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO), Datuk Rubin Balang yang membawa rombongan itu ke Sabah.

Menurut Ma, Huazhi yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan di luar negara, berminat melabur dalam sektor tenaga, minyak dan gas, produk berteknologi tinggi, perikanan laut dalam dan lain-lain di Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Banjir Membakut : Jumlah mangsa meningkat kepada 114 orang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular