HomeUtamaKenderaan terbakar punca gangguan bekalan elektrik di Kinabatangan

Kenderaan terbakar punca gangguan bekalan elektrik di Kinabatangan

Read Time:1 Minute, 17 Second

KINABATANGAN : Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) kini dalam usaha memulihkan bekalan elektrik di daerah ini secara berperingkat selepas terjejas akibat kebakaran sebuah kenderaan berat di bawah talian SESB di Kampung Lot M.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Ir. Idris Mohd Noor berkata, bekalan elektrik dijangka akan dapat disalurkan kepada semua pengguna lewat petang hari ini.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Ir. Idris Mohd Noor
Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Ir. Idris Mohd Noor.

Katanya, gangguan bekalan itu berlaku pada jam 8.30 pagi tadi apabila pepasangan talian milik SESB terkesan akibat kemalangan yang melibatkan sebuah lori.

“Bagi memastikan aktiviti dan kegiatan seharian pengguna di daerah itu tidak terjejas, SESB telah menempatkan dua buah gen-set bergerak di Hospital Daerah Kinabatangan dan Pejabat Daerah Kinabatangan untuk membekalkan tenaga elektrik.

“Pemulihan secara berperingkat sedang dilaksanakan dan dijangka akan siap sepenuhnya lewat petang ini,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Dalam pada itu, SESB menghargai kesabaran pengguna dan menasihati pengguna untuk menghubungi SESB Careline di talian 15454/088-515000, Whatsapp 019-8525427 atau menyalurkan sebarang aduan melalui aplikasi MySESB.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 6.49 pagi.

Katanya, sebaik tiba ditempat kejadian mendapati sebuah sebuah lori Isuzu Elf membawa muatan enam unit tong minyak diesel terbakar 100 peratus.

“Pasukan Bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran 200 kaki, satu pancutan dan dua tong ‘foam’ sumber air dari tangki jentera.

“Tiada kecederaan mangsa dilaporkan. Operasi terkawal pada jam 07:25 pagi dan operasi tamat pada jam 08:37 pagi,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Aktiviti Pendataan Digital pendatang asing masih dilaksanakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya