HomeUtamaMaritim Malaysia sertai bengkel IUU, UNCLOS tingkat keupayaan tangani bot nelayan asing

Maritim Malaysia sertai bengkel IUU, UNCLOS tingkat keupayaan tangani bot nelayan asing

Read Time:1 Minute, 26 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Seramai 30 pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menyertai bengkel ‘Illegal, Unreported dan Unregulated (IUU) Fishing’ dan ‘United Nation Convention On The Law Of The Sea (UNCLOS)’ di sini.

Program yang diadakan selama empat hari berakhir semalam itu merupakan anjuran bersama di antara Maritim Malaysia dan Japan International Cooperation Agency (JICA).

Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, bengkel itu merupakan salah satu inisiatif pengisian memorandum persefahaman berkaitan Projek Meningkatkan Kapasiti Pendidikan dan Latihan serta Menggalakkan Kerjasama Antara Negara Jiran yang telah ditandatangani pada 2018 di antara Maritim Malaysia dan JICA.

Katanya, bengkel yang bermula 9 Januari itu telah berlangsung di Kapal Maritim Arau (KM Arau) turut meliputi sesi latihan pengendalian peranti akustik jarak jauh (LRAD) di sekitar perairan Kota Kinabalu.

“Latihan ini dilaksanakan bagi memahirkan pegawai dan anggota mengendalikan peralatan tersebut serta menguji jarak berkesan kepada bot suspek, terutamanya bot-bot yang menceroboh perairan negara.

“Peralatan tersebut berfungsi dengan cara mengeluarkan bunyi yang sangat kuat dan ianya menyebabkan ketidakselesaan kepada mangsa yang disasarkannya.

“Peranti ini bertindak sebagai alat mengusir bagi bot-bot peceroboh yang enggan memberikan kerjasama serta bertindak agresif,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Maritim Malaysia telah menerima empat LRAD sumbangan daripada kerajaan Jepun semasa Majlis Perasmian Bengkel IUU Fishing dan UNCLOS serta Penerimaan LRAD pada 9 Januari lalu.

Keempat-empat LRAD akan ditempatkan di kapal-kapal peronda luar pesisir (OPV) milik Maritim Malaysia yang beroperasi di sempadan perairan negara.

Saiful Lizan berkata, dengan adanya inisiatif bersama ini, Maritim Malaysia yakin akan dapat meningkatkan keupayaan dalam menangani isu-isu pencerobohan nelayan asing serta mampu memperkasakan keselamatan perairan negara. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Jangan terikut-ikut provokasi pihak pertikai perlantikan Tun Musa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular