HomeUtamaKetua Menteri beri tumpuan penuh pembangunan negeri khususnya di kawasan pedalaman -...

Ketua Menteri beri tumpuan penuh pembangunan negeri khususnya di kawasan pedalaman – Riduan

Read Time:1 Minute, 18 Second

TENOM: Kini rakyat Tenom boleh menjangkakan pertumbuhan pesat di daerah itu apabila Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor sekali lagi memberikan tumpuan penuh untuk membangunkan negeri ini, khususnya kawasan pedalaman.

Ahli Parlimen Tenom, Riduan Rubin berkata, isu pembangunan di Tenom adalah perkara yang menjadi keutamaan kepada Sabah kerana kerajaan melihat pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan.

Katanya, ini akan mewujudkan banyak peluang ekonomi kepada penduduk di daerah selatan yang terletak tidak jauh dari sempadan Sabah-Kalimantan.

“Bagi pihak rakyat Tenom, saya mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri kerana telah melepasi salah satu ujian paling sukar dalam kerjaya politiknya yang cemerlang.

“Kini beliau kembali menumpukan masa dan tenaga untuk membangunkan negeri dan kami, di Tenom, mengharapkan kepimpinan beliau dalam usaha mengubah nasib kami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Riduan, Hajiji telah mengakui potensi besar Tenom dalam sektor pertanian dan pelancongan.

“Sebagai Ketua Menteri dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah, Hajiji telah menjadi tokoh yang memerintah dalam memimpin jentera kerajaan dan masyarakat bagi mencapai cita-cita pelan pembangunan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Beliau tidak diragui seorang pemimpin yang berwawasan dan kami, penduduk Tenom, boleh memberi jaminan bahawa kami akan sentiasa berada di belakangnya,” ujarnya.

Riduan melahirkan keyakinan bahawa dengan kestabilan politik yang berterusan di bawah kepimpinan Hajiji, akan merancakkan lagi rancangan pembangunan di daerah itu.

“Saya percaya Hajiji meramalkan limpahan ekonomi apabila ibu kota Indonesia di Kalimantan telah ditubuhkan sepenuhnya.

“Akhirnya, beliau (Hajiji) dan kerajaannya mahu rakyat Sabah memperoleh pendapatan lebih tinggi hasil daripada pertumbuhan ekonomi yang kukuh. Dan dia tahu bahawa Tenom adalah pintu masuk yang penting,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan negeri hargai peranan media di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya