HomeUtamaArmizan,Ewon temui SLS dan peguam PH Sabah bincang isu MA63

Armizan,Ewon temui SLS dan peguam PH Sabah bincang isu MA63

Read Time:53 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

PENAMPANG:  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick mengadakan pertemuan dengan Presiden Sabah Law Society (SLS) Roger Chin.

Selain bertemu Presiden SLS, Armizan dan Ewon turut mengadakan pertemuan dengan Peguam Pakatan Harapan (PH) Sabah Nelson W. Angang untuk membincangkan isu-isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Armizan dan Ewon adalah dua wakil dari Sabah masing-masing mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan PH membarisi kabinet Kerajaan Perpaduan.

Mereka menyatakan, tuntutan pelaksanaan MA63 adalah perkara penting yang sudah lama dinanti-nantikan rakyat Sabah.

“Kami berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memberikan komitmen tinggi dalam memastikan hak-hak Sabah dapat dikembalikan,” katanya.

Kerajaan menubuhkan Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri bagi membincang dan menyelesaikan isu berkaitan MA63.

Armizan dan Ewon yakin penubuhan majlis tindakan itu akan memudahkan lagi segala urusan perbincangan secara terperinci untuk mendapatkan kembali hak-hak Sabah dan Sarawak. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular