HomePolitikBagi saya ruang untuk berfikir mentadbir negeri ini dengan baik, kata Hajiji

Bagi saya ruang untuk berfikir mentadbir negeri ini dengan baik, kata Hajiji

Read Time:1 Minute, 24 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Nasib empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang masih berada dalam Menteri Kabinet Negeri akan diketahui tidak lama lagi.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, beliau kini lebih menumpukan kepentingan negeri dan memerlukan ruang untuk berfikir bagi mentadbir negeri ini dengan baik.

Hajiji berkata demikian bagi mengulas empat ADUN UMNO yang masih berada dalam Menteri Kabinet Negeri yang didakwa turut menyokong gerakan menjatuhkan kerajaan pimpinan Hajiji.

Katanya, beliau akan mengambil tindakan sepatutnya terhadap ADUN-ADUN tersebut.

“Jangan bimbang, kita akan ambil tindakan yang sepatutnya, yang penting adalah kepentingan negeri.

“Bagi saya ruang untuk berfikir bagaimana kita mentadbir negeri ini dengan baik dan sebagainya. Bagi saya, kita perlu melihat segala aspek dalam soal-soal seumpama ini,” tegasnya selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen ke-2 Universiti College Sabah Foundation (UCSF) di S/Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah(SICC), dekat sini, hari ini.

Hajiji turut memberitahu bahawa beliau telah memaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Jemaah Menteri Kabinet baharu Sabah.

“Sudah tentu saya telah memaklumkan kepada Perdana Menteri. Bagi saya ini adalah perlu, bukan sahaja kita memaklumkan pucuk pimpinan Perdana Menteri tetapi apa yang kita lakukan ini adalah untuk kebaikan Negeri Sabah,” jelasnya.

Dalam pada itu, Hajiji turut mengakui beliau selalu membincangkan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pelbagai isu berkaitan dengan rakyat Sabah.

“Saya selalu jumpa PM dan juga selalu berkomunikasi melalui telefon. Biasalah sebagai pemimpin utama kita di negara ini, kadang-kadang kita berjumpa dan mengemukakan pelbagai isu yang berkaitan dengan rakyat,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin bahawa pergolakan politik Sabah masih belum berakhir.

“Ya, dialah. Banyak cerita,” kata Hajiji ringkas.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya