Kelewatan pelaksanaan SMK Kipouvo dan bekalan air sekolah perlu ditangani segera

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 8 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

PENAMPANG: Kelewatan pelaksanaan projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kipouvo, Penampang dan bekalan air di sekolah itu mesti ditangani sebelum sekolah itu siap sepenuhnya tahun 2024.

Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick berkata, pelaksanaan pembinaan sekolah itu mengalami sedikit kelewatan disebabkan pelbagai faktor termasuk keadaan cuaca yang tidak menentu.

“Saya telah meminta supaya bekalan air di sekolah ini diselesaikan sebelum sekolah ini siap sepenuhnya. Apabila sekolah sudah siap pelajar masuk tanpa gangguan bekalan air atau letrik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Tamu Donggongon dan SMK Kipouvo, di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Ruji Ubi, Setiausaha Persekutuan Sabah Dato’ Makhzan Mahyuddin, Adun Kapayan Jannie Lasimbang dan Pegawai Daerah Penampang Francis Chong

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, pembinaan SMK Kipouvo dijangka siap pada tahun 2024.

“Saya berharap ia siap menjelang hujung tahun depan supaya para pelajar boleh masuk ke sekolah ini pada tahun persekolahan 2025,” katanya.

Ewon berkata, bagi memantau dan memastikan projek pembinaan itu siap mengikut jadual yang ditetapkan, beliau telah mewujudkan satu Jawatankuasa Pemantauan Untuk Projek-Projek Berskala Besar di Penampang.

“Antara peranan jawatankuasa ini ialah memantau pelaksanaan pembinaan SMK Kipouvo. Setiap tiga bulan kita akan bersidang untuk memantau perkembangan pelaksanaan projek ini,” katanya. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *