HomeIsu tempatanMKIC-UMS mahu jalin kerjasama berimpak tinggi

MKIC-UMS mahu jalin kerjasama berimpak tinggi

Read Time:1 Minute, 26 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Malaysian Kuwaiti Investment Co (MKIC) Sdn. Bhd mahu mengadakan pelbagai kerjasama berimpak tinggi bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Pengerusi Lembaga Pengarah MKIC, Dato’ Sri Dr. Sabin Samitah berkata, kerjasama itu merangkumi aktiviti penyelidikan dan pembangunan khususnya dalam bidang pertanian dan perladangan.

“Kita juga berhasrat menghantar para kakitangan MKIC mengikuti beberapa program atau kursus di UMS sebagai memberi galakan untuk perkembangan karier mereka.

“Pada masa yang sama, kita membuka ruang kepada para pelajar UMS untuk menjalani latihan industri di MKIC selain pelbagai kerjasama lain yang kita boleh laksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengetuai rombongan MKIC pada kunjungan dan perbincangan bersama pihak UMS di sini, pada Jumaat.

Ahli delegasi MKIC turut disertai Ahli-ahli Lembaga Pengarah, Dato Mohd Redzuan Hasan, Dato’ Dr Mohamad Hashim Ahmad Tajudin, dan Alan Abdul Rahim.

Sementara itu, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor turut mengalu-alukan hasrat kerjasama itu yang disifatkannya amat strategik dan tepat pada masanya.

Menurut beliau, sebagai sebuah universiti komprehensif, UMS sentiasa dengan tangan terbuka untuk mengadakan jalinan kerjasama dengan pelbagai pihak khususnya pihak industri.

“Kerjasama dengan MKIC kelak bukan sekadar untuk manfaat kepada para pelajar dan penyelidik UMS, tetapi yang jauh lebih penting ia mampu menyumbang kepada pembangunan komuniti seiring dengan slogan UMS, Leading towards Innovative Societies.

“Ia sekali gus turut mendukung usaha kita untuk membantu Kerajaan Sabah merealisasikan hala tuju Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya,” tambahnya.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UMS, Prof Ir. Dr. Rosalam  Sarbatly, Ketua Pegawai Eksekutif MKIC, Mohd Shahrin Mohd Ali, Pengurus Besar Perkhidmatan Korporat MKIC, Azril Aza Azmi, dan Penyelidik-penyelidik kanan UMS.

Untuk rekod,  syarikat MKIC telah beroperasi lebih 40 tahun sejak tahun 1980. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

100 warga emas diraikan sempena Hari Natal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular