HomeUtamaKerajaan Negeri alu-alukan Festival Kebudayaan Cina Kebangsaan ke-38 ke Sabah

Kerajaan Negeri alu-alukan Festival Kebudayaan Cina Kebangsaan ke-38 ke Sabah

Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengalu-alukan usaha Persekutuan Persatuan Cina Sabah (FCAS) untuk membawa Festival Kebudayaan Cina Kebangsaan ke-38 ke Sabah September ini.

“Kerajaan Negeri mengalu-alukan inisiatif FCAS. Saya harap festival ini akan mempromosikan dan memupuk pemahaman yang lebih mendalam tentang pelbagai budaya Cina yang berwarna-warni,” katanya.

Berucap merasmikan karnival Tahun Baharu Cina 2023 di Lintasan Deasoka di sini malam ini, Hajiji berkata Kerajaan Negeri akan terus menyokong aktiviti budaya Cina di negeri ini.

Ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri I dan Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.

“Sabah mempunyai masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya yang pelbagai di mana toleransi dan penerimaan warisan antara satu sama lain telah berlaku. Kerajaan
menggalakkan dan menyokong perkara ini,” katanya.

Beliau berkata Kerajaan juga akan memastikan rakyat mendapat pembangunan yang sama rata, termasuk peruntukan untuk sekolah vernakular dan mubaligh serta badan agama bukan Islam di negeri itu.

Kerajaan Negeri, katanya telah melakukan yang terbaik untuk membangunkan negeri di bawah pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya dan pada penghujung 2022, Kerajaan Negeri telah mengumpul hasil lebih RM6.6 bilion.

“Ini bukan sahaja prestasi terbaik Kerajaan Negeri Sabah sejak pembentukan Malaysia pada tahun 1963 tetapi juga bukti Kerajaan Negeri sekarang, keazaman dan keupayaan untuk membangunkan Sabah,” katanya.

Hajiji memberi jaminan Kerajaan Sabah akan terus melaksanakan dasar yang baik dengan teratur untuk membawa lebih banyak pelaburan ke hadapan..

“Putrajaya menyerahkan kuasa kawal selia bekalan gas kepada Kerajaan Negeri pada 21 Dis 2022, menandakan permulaan yang positif,” katanya.

Awal minggu ini, Ketua Menteri membentangkan Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023 dan Rang Undang-undang Bekalan Gas 2023 yang telah diluluskan sebulat suara semasa Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

“Dalam hal ini, saya berharap masyarakat Cina yang majoritinya berniaga bekerjasama dengan Kerajaan untuk membangunkan negeri.

“Saya yakin dengan sokongan daripada semua rakyat, khususnya masyarakat Cina, setiap langkah yang diambil oleh Kerajaan akan secara progresif menggerakkan Sabah ke arah yang betul,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya