HomePolitikPBS, PH sokong rang undang-undang anti lompat parti di DUN Sabah

PBS, PH sokong rang undang-undang anti lompat parti di DUN Sabah

Read Time:1 Minute, 7 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Pakatan Harapan (PH) akan menyokong rang undang-undang anti lompat parti apabila ia dibentangkan pada Persidangan DUN Sabah.

Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan kerajaan negeri telah menyatakan bahawa rang undang-undang itu adalah dalam agenda seterusnya persidangan DUN.

“Kami (tujuh ADUN PBS) akan sokong. Kelulusan undang-undang anti lompat parti adalah kemenangan bagi PBS, apa jua yang mengukuhkan kesucian serta kesetiaan ADUN kepada parti dan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas melakukan jelajah mesra sempena Tahun Baharu Cina di Gaya Street, di sini, pada Ahad.

Sabtu lalu, Datuk Ewon Benedick yang secara rasmi mengambil alih jawatan Presiden parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), telah mencadangkan rang undang-undang anti lompat parti itu dibentangkan pada persidangan DUN, Mac ini.

ADUN Kadamaian itu berkata beliau mengemukakan cadangan berkenaan kepada Hajiji dan kerajaan negeri kerana disifatkan penting bagi mewujudkan kestabilan politik di Sabah.

Sementara itu, Pengerusi PH Sabah Datuk Christina Liew yang ditemui selepas jelajah mesra itu berkata tujuh ADUN dari PH juga akan menyokong rang undang-undang berkenaan.

“Apa juga keputusan kepimpinan parti, saya pasti Ketua Menteri (Hajiji) tahu apa yang perlu dilakukan. Jika kerajaan memulakannya (membentangkan rang undang-undang itu), kita akan sokong. Kita serahkan kepada pucuk pimpinan,” katanya.– BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

600 keluarga di Sabah terima sumbangan Krismas dari Yayasan PETRONAS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular