JAKARTA: Tiada sebarang kerosakan serius atau kemalangan jiwa dilaporkan susulan gempa bumi di dasar laut dekat barat Indonesia, pagi ini.
Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), berkata gempa bumi berukuran 6.0 magnitud itu berpusat pada 48 kilometer (km) di daerah tenggara dekat wilayah Aceh, tenggara Singkil, pada kedalaman 48 km.
Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia.
Indonesia dengan populasi lebih 270 juta orang sering dilanda gempa bumi dan letusan gunung berapi susulan lokasinya di lingkaran gunung berapi dan garisan sesar di Lembangan Pasifik.
Sekurang-kurangnya 331 maut, manakala hampir 600 lagi cedera di bandar Cianjur, Jawa Barat susulan gempa bumi berukuran 5.6 skala Ritcher pada 21 November lalu, dengan ia adalah kejadian paling teruk di Indonesia sejak gempa bumi dan tsunami di Sulawesi yang mengorbankan kira-kira 4,340 mangsa pada 2018.
Pada tahun 2004, gempa bumi sangat kuat di Lautan Hindi mencetuskan tsunami, mengorbankan lebih 230,000 orang di puluhan negara, kebanyakannya di wilayah Aceh, Indonesia. – AP