Shahelmey tidak tergugat terima petisyen pilihan raya cabar kemenangannya

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:57 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ir Shahelmey Yahya mengesahkan menerima petisyen mencabar kemenangannya pada Pilihan Raya Ke-15 (PRU15) daripada bekas ahli Parlimen Putatan Awang Husaini Sahari dari Pakatan Harapan.

“Saya sudah menerimanya (petisyen) pada minggu lepas dan telah mengarahkan pasukan peguam saya untuk membuat tindakan yang selanjutnya. Saya tidak rasa tergugat dan kita memang bersedia.

“Itu kita suda jangkakan apabila sesuatu keputusan jumlah majotiti yang begitu kecil memang selalunya akan ada timbul petisyen pilihan raya dikemukakan,” katanya ketika ditemui pemberita semasa walkabout menyerahkan limau mandarin kepada peniaga-peniaga sempena sambutan Tahun Baru Cina di Pekan Putatan di sini, hari ini.

Minggu lalu, Husaini telah memfailkan petisyen pilihan raya melalui peguam Nelson Anggang untuk mencabar keputusan yang menyaksikan Shahelmey menang dengan majoriti 124 undi dalam pertandingan empat penjuru semasa PRU15.

Pada PRU15 lepas calon Barisan Nasional (BN) Datuk Shahelmey Yahya menang dengan majoriti 124 undi dalam pertandingan empat penjuru.

Shahelmey memperoleh 16,234 undi menewaskan Awang Husaini yang memperolehi 16,110 undi serta calon Parti Warisan Ahmad Mohd Said yang mendapat 8,511 undi dan calon Pejuang Patrick Payne hanya mendapat 394 undi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *