HomeUtamaKM hadiri Mesyuarat Kabinet Negeri pertama selepas rombakan

KM hadiri Mesyuarat Kabinet Negeri pertama selepas rombakan

Read Time:53 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet Negeri di Menara Kinabalu di sini pada Rabu, berikutan rombakan yang menyaksikan pelantikan tiga menteri baharu dan pertukaran portfolio antara beberapa orang menteri.

Menteri-menteri baharu yang dilantik iaitu Datuk James Ratib (Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat), Datuk Christina Liew (Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar) dan Phoong Jin Zhe (Pembangunan Perindustrian) telah mengangkat sumpah pada 11 Jan lalu.

Manakala Datuk Ir Shahelmey Yahya menghadiri mesyuarat kali pertama sebagai Timbalan Ketua Menteri III memegang portfolio Menteri Kerja Raya.

Sementara itu, Ketua Menteri juga turut mengalu-alukan kedatangan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim yang telah bercuti sakit sejak tahun lepas.

Menteri lain yang turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan (Pertanian dan Perikanan), Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam (Kerajaan Tempatan dan Perumahan) – Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohd Arifin Arif dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya