HomeIsu tempatanKonvensyen usahawan wanita bantu promosi produk kraftangan, makanan

Konvensyen usahawan wanita bantu promosi produk kraftangan, makanan

Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Usahanita Bumiputra Malaysia Cawangan Sabah akan menganjurkan konvensyen tiga hari dua malam pada bulan Jun depan.

Pengerusinya, Noraini Sulong berkata, seramai 500 hingga 800 usahawan wanita dijangka mengambil bahagian bagi mempromosikan produk masing-masing seperti kraftangan dan makanan.

“Kebanyakan usahawan kita dari luar bandar, oleh itu produk yang dihasilkan masih kurang dipromosikan dan belum menembusi pasaran luar negeri.

“Usahawan wanita khususnya golongan muda digalakkan menyertai konvensyen bagi merebut peluang pemasaran dengan memperkenalkan produk masing-masing,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Toh Puan Norlidah R.M. Jasni di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan persatuan yang ditubuhkan tahun lepas itu mempunyai seramai 200 orang ahli berdaftar di 11 daerah.

Terdahulu, Pertubuhan Kebajikan Anugerah Kasih Malaysia (PERKASIH) yang diketuai Pengerusinya, Datin Seri Fadziah Abdul Hamid dan rombongan turut mengadakan kunjungan hormat terhadap Toh Puan Norlidah.

Menurut Fadziah, kunjungan diadakan bagi memaklumkan aktiviti PERKASIH yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2022 dan perancangan bagi tahun 2023.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

‘Idola Darau’ akan dikembangkan lagi tahun depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular