HomeUtamaMajlis Penasihat Buruh Sabah bela kebajikan pekerja

Majlis Penasihat Buruh Sabah bela kebajikan pekerja

Read Time:1 Minute, 2 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Penubuhan Majlis Penasihat Buruh Sabah mampu membela kebajikan golongan pekerja di negeri ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud berkata  penubuhan organisasi tersebut juga  mampu mengharmonikan lagi hubungan di antara kerajaan, majikan dan pekerja di Sabah.

“Kita mencadangkan supaya ditubuhkan Majlis Penasihat Buruh Sabah dan perkara ini telah kita utarakan beberapa kali.

“Untuk itu, kita akan menyediakan kertas kerja dan menyerahkannya kepada Ketua Menteri Sabah untuk persetujuan bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu.

Mustapha berkata, dengan penubuhan majlis tersebut, sebarang isu berkaitan dengan pekerjaan di Sabah akan dapat dibincangkan dan dibawa ke peringkat nasional.

“Sebagai Timbalan Menteri, saya akan pastikan pekerja di negeri ini akan terbela dan pelaksanaan terutamanya isu gaji minimum dan beberapa pindaan baru pada Ordinan Buruh Sabah akan dapat dipanjangkan ke peringkat negeri.

“Ini merupakan sebahagian daripada perkara yang akan kita bincangkan dalam majlis yang akan kita tubuhkan itu nanti,” katanya.

Turut hadir dalam sesi kunjungan tersebut ialah Pengarah Tenaga Kerja Sabah, Wan Zulkifli Wan Setapa, Hakim Mahkamah Perusahaan Malaysia Sabah, Datuk Indra Ayub dan Pengarah Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Wan Sarman Sakan.

RELATED ARTICLES
Utama

Jabatan Perhutanan perlu terus tingkatkan kutipan hasil hutan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya