HomeUtamaKepelbagaian agama, budaya di Sabah tidak halang masyarakat rai perayaan bersama

Kepelbagaian agama, budaya di Sabah tidak halang masyarakat rai perayaan bersama

Read Time:1 Minute, 48 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

BEAUFORT : Kepelbagaian agama dan budaya di negeri ini tidak menghalang untuk masyarakat setempat khususnya di daerah ini untuk hadir bersama meraikan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.

Ini terbukti menerusi penganjuran sambutan Tahun Baharu Cina bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan dan Parlimen Sipitang di kediaman Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB) Beaufort Selatan di sini semalam.

Sambutan itu disambut turut meriah dengan Konsep Perpaduan semua kaum yang menjadi asas utama sambutan kali ini.

Masyarakat yang hadir juga dilihat tidak kekok duduk semeja walaupun berbilang bangsa dan agama untuk sama-sama meraikan perayaan Tahun Baharu Cina bersama masyarakat Tiong Hua

Malah sambutan itu turut dimeriahkan dengan kehadiran pemimpin rakyat yang turut mengambil peluang beramah mesra bersama masyarakat yang hadir.

Antara pemimpin yang hadir Ahli Parlimen Beaufort Datuk Siti Aminah Aching; Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Datuk Ruslan Muharam.

Siti Aminah ketika ditemui berkata, sambutan yang diraikan bersama masyarakat pelbagai kaum itu dilihat bersesuaian dengan konsep Malaysia Madani yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Orang kata tahun ini adalah tahun Arnab, tahun yang cukup baik jadi kita sambut bersama-sama sesuai dengan konsep Malaysia Madani.

“Inilah salah satu platform untuk kita menyatikan kaum-kaum yang ada di negeri ini khususnya,” katanya.

Bagi Ahli Parlimen Sipitangm Datuk Matbali Musah berkata, kepelbagaian agama, budaya dan bangsa di Sabah sememangnya tidak asing buat rakyat di negeri ini.

“Di Sabah kita memang tidak asing lagi, kita hidup cukup aman dan damai.  Kita juga menyambut perayaan lain dan ini telah dibuktikan pada hari ini, bukan saja masyarakat Tiong Hua malah pelbagai agama lain juga turut menyemarakkan sambutan ini,” katanya.

Perkara sama turut diakui ADUN Lumadan Datuk Ruslan Muharam yang melihat perayaan kaum di negeri ini khususnya berjaya meningkatkan lagi silaturrahium antara kaum.

“Sudah tentu dalam perayaan ini kita akan dapat meningkatkan lagi silaturrahim, kita dapat duduk semeja makan bersama dan inilah salah satu perpaduan yang kita pupuk pada generasi muda,” katanya.

Kira-kira 500 orang tetamu hadir terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa memeriahkan sambutan itu dan mereka turut disajikan dengan pelbagai makanan tradisi masyarakat setempat. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki hilang, disyaki dibaham buaya selepas bot karam di Sg Kg...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular