HomeUtamaPEKADIN syorkan Kerajaan Sabah gunapakai gelaran "Premier" untuk jawatan Ketua Menteri

PEKADIN syorkan Kerajaan Sabah gunapakai gelaran “Premier” untuk jawatan Ketua Menteri

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (PEKADIN) mengesyorkan agar kerajaan Sabah mengikut jejak langkah Sarawak menggunapakai gelaran Premier bagi jawatan Ketua Menteri.

Presiden Pekadin Newmond Tibin berkata, persatuan itu berpendapat penyelarasan nama gelaran jawatan Ketua Menteri kepada Premier wajar dibuat bagi menggambarkan kedudukan yang “setara” dalam Persekutuan Malaysia.

“Mengikut perjanjian asal pembentukan Malaysia 1963 (MA63), wilayah Sabah, Sarawak dan Malaya ada setara.

“Dalam hal ini, Pekadin berpendapat gelaran jawatan Ketua Menteri seeloknya serupa atau sama iaitu Premier bagi Sabah dan Sarawak selaras kedudukan kedua negeri itu yang setara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya ini kerana Melaka dan Pulau Pinang yang termasuk dalam wilayah Malaya menerusi MA63 juga menggunakan gelaran Ketua Menteri.

“Tentu sekali tiada masalah terus menggunakan nama gelaran jawatan Ketua Menteri yang berbeza…tetapi ada baiknya disesuaikan dengan tuntutan semasa dengan mengambil kira kedudukan yang setara dengan Sarawak,” katanya.

Sehubungan itu, Pekadin menyarankan agar perkara itu dibawa dan dibincangkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah pada Mac depan.

Gelaran jawatan Ketua Menteri Sarawak secara rasmi ditukar kepada kepada ‘Premier Sarawak’ pada 31 Mac 2022.

Ketika mengumumkan perkara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion, dipetik sebagai berkata bahawa selaras dengan pertukaran nama gelaran itu, Pejabat Ketua Menteri Sarawak juga kini dikenali sebagai Pejabat Premier Sarawak.

Pada 15 Februari tahun lepas, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 yang mengandungi klausa untuk menukar gelaran jawatan ‘Ketua Menteri’ kepada ‘Premier’ dengan majoriti lebih dua pertiga ahli dewan menyokongnya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya