HomeGaya hidupBuffet CNY: 600 jenis makanan termasuk masakan serantau Cina disajikan di SICC

Buffet CNY: 600 jenis makanan termasuk masakan serantau Cina disajikan di SICC

Read Time:2 Minute, 26 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) menawarkan Buffet Brunch Feast of Fortune dengan 600 jenis makanan disajikan sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2023 bermula dari 12.00 tengah hari hingga 5.30 petang di sini, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SICC Datuk Rosmawati Lasuki berkata, banyak kelainan hidangan yang ditawarkan untuk memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina (CNY) di sini tahun ini.

Rosmawati (tengah) bersama Jawatankuasa Eksekutif SICC menggaul dan melambung Yee Sang sempena sambutan Tahun Baharu Cina di SICC hari ini.

“Buffet CNY ini di mana 600 jenis makanan, 80 peratus adalah makanan dari masakan serantau Cina yang terkenal termasuk Hakka, Kantonis, Hokkien, Hainan, Teowchew dan banyak lagi, sambil menikmati pengalaman indah seperti berada dalam suasana di Chinatown,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan CNY Buffet Brunch Feast of Fortune di SICC hari ini.

Menurut Rosmawati, uniknya semua chef di SICC bekerjasama untuk menyiapkan pelbagai jenis makanan Cina demi menjayakan sambutan perayaan tersebut.

“Paling uniknya semua chef di dapur kami bergotong-royong tidak kira chef Cina, Kadazan, Dusun, Murut ,Bajau, Melayu, semua kena tumpukan perhatian dengan menyediakan pelbagai jenis makanan Cina sekaligus menjayakan sambutan perayaan ini.

“Objektifnya seperti yang kita lihat masyarakat perpaduan, malah pelbagai bangsa yang turut hadir seperti ada dari Sipitang, Kota Belud, Tawau dan sebagainya, ada juga pelancong dari luar negara seperti Korea, US dan Swiss turut menikmati juadah yang disajikan.

“Memang uniklah acara hari ini sebab kita meraikan Tahun Baharu Cina dengan suasana perpaduan,” katanya.

Rosmawati berkata, hidangan makanan Cina yang mewah dipilih khas oleh Ketua Chef Ang Hon Tung yang mempunyai pengalaman selama 32 tahun dalam dapur Cina di Singapura dan pusat peranginan bertaraf 5 bintang di Kota Kinabalu.

“Kepakaran Chef Ang ialah sup tradisional, mee dan nasi, serta meminati rempah ratus dan kaedah memasak yang digunakan dalam masakan Cina,” jelasnya.

Dalam pada itu, seramai 900 pelanggan yang datang berkunjung dan menikmati juadah pada hari ini membabitkan keluarga, kawan-kawan dan majikan bersama pekerja.

Sementara itu, Rosmawati turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan Negeri kerana banyak membantu SICC pada tahun lepas.

Tambahnya, pada tahun ini kerjasama pihaknya terbuka kepada semua persatuan, badan-badan korporat malah sudahpun bekerjasama dengan pihak antarabangsa.

“Sebenarnya memang sudah ada menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan setiap hotel di Sabah terutama dengan hotel 5 bintang, sekarang kita mula bekerjasama dengan pihak Tourism Malaysia di Sabah.

“Pihak SICC juga berkolaborasi dengan persatuan-persatuan di Sabah ini seperti persatuan Cina, Melayu. Kita buka kolaborasi ini supaya yang lokal terlebih dahulu dapat merasa bagaimana menganjurkan acara antaranbangsa di SICC, dan banyak lagi kolaborasi akan datang,” katanya.

Menurutnya lagi, untuk bulan Ramadan ini akan diadakan dua minggu Jualan Hari Raya sebelum Hari Raya Aidilfitri bertempat di SICC yang dianjurkan oleh salah satu organisasi melibatkan 80 vendor menjual produk dari jenama-jenama selebriti tanah air di sini.

Selain menikmati pelbagai jenis juadah, pelanggan juga dihiburkan dengan persembahan tarian singa dan tarian naga dari Sabah Yick Nam.

RELATED ARTICLES
Utama

Mahathir teruja sertai Kejohanan Malaysia Towerrunning NCT 6000ft di Genting Highlands

Jabatan Meteorologi Malaysia Hujan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular