HomeIsu tempatanDua kanak-kanak ditemui mati lemas di anak sungai tepi jalan Beringis-kawang

Dua kanak-kanak ditemui mati lemas di anak sungai tepi jalan Beringis-kawang

Read Time:1 Minute, 24 Second

PAPAR: Dua beradik kanak-kanak lelaki ditemui mati lemas semasa mandi di anak sungai di tepi jalan Beringis-kawang selepas mengikuti ibu dan nenek mereka mencari lokan di sungai tersebut dalam satu kejadian pada Sabtu lalu. (21 Jan)

Ketua Polis Daerah Papar, DSP Kamaruddin Ambo Sakka berkata, pihak polis telah menerima maklumat daripada orang awam melalui telefon pada 21 Jan 2023, jam 3.02 petang mengatakan terdapat dua orang kanak-kanak lemas di anak sungai Jalan Beringis -Kawang Papar .

“Kedua-dua mangsa berumur 12 dan 13 tahun itu dikatakan telah dihantar ke Hospital Papar oleh orang awam. Namun kedua-dua mangsa dikatakan telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut siasatan awal, Kamaruddin berkata, kedua-dua mangsa telah mengikuti ibu dan neneknya untuk mencari lokan di tepi jalan Beringis -Kawang iaitu tempat kejadian.

“Kedua – dua mereka kemudiannya telah mandi di satu anak sungai yang ada di kawasan tersebut. Sementara itu ibu serta nenek mereka mencari lokan di kawasan berhampiran.

“Mangsa disedari lemas oleh ibu dan neneknya di anak sungai tadi. Melihat kejadian itu ibu mangsa telah meminta bantuan orang awam yang lalu di kawasan tersebut sementara nenek mangsa balik ke kediamannya di Kg. Kawang dan memaklumkan kejadian itu bagi meminta bantuan.

“Dengan bantuan penduduk kampung kedua-dua mangsa telah berjaya dikeluarkan dari anak sungai tadi dalam keadaan tidak sedarkan diri. Keduanya terus dikejarkan ke Hospital namun telah disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan.

“Kedua-dua mangsa merupakan pelajar sekolah di SK Kawang Papar dan merupakan murid tahun 5 dan tahun 6 di sekolah tersebut.

“Setakat ini tidak terdapat sebarang unsur-unsur jenayah ke atas kematian kedua-dua mangsa, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Sambutan Pesta Kaamatan daerah Tuaran bermula 4 Mei ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya