HomeUtamaBanjir: 65 mangsa dipindahkan di Paitan, Sabah

Banjir: 65 mangsa dipindahkan di Paitan, Sabah

Read Time:1 Minute, 4 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU : Seramai 65 orang daripada 16 keluarga di Paitan dipindahkan sehingga 8 malam Selasa akibat banjir yang melanda daerah itu pada lewat petang tadi.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata, 33 orang daripada sembilan keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Dewan Kampung Kumbambangan dan 32 orang daripada tujuh keluarga di tempatkan di Dewan Kampung Batangon darat.

“Bencana banjir berlaku disebabkan hujan lebat berterusan sejak pagi tadi serta pertembungan air laut dan air sungai di daerah Paitan. Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan malam ini (Selasa) dijangka meningkat,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, Misran Bisara pula berkata, pihaknya menerima laporan kejadian banjir di Kampung Sibaung, Pitas dan kini dalam proses membantu mangsa yang terlibat.

Beliau berkata, pihaknya turut menerima laporan kejadian tanah runtuh di Kampung Sungai Karang, Kudat dan pemeriksaan mendapati ia berlaku di tepi sebuah rumah.

“Tidak berlaku kerosakan struktur rumah. Penghuni rumah dinasihatkan supaya berpindah kerana keadaan tidak selamat dan berisiko. Tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya yang turut menasihati orang ramai supaya mengambil langkah keselamatan jika hujan lebat berterusan.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan pada 8.30 malam Selasa memaklumkan ribut petir diramal berlaku di pedalaman Sabah melibatkan daerah Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau hingga 1 pagi. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Malaysia: Rakyat Derita Kesihatan Mental  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya