Banjir : Dua PPS dibuka di Paitan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:41 Second

KOTA KINABALU : Dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Paitan berikutan banjir yang berlaku sejak beberapa hari lalu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan, antara PPS yang dibuka ialah di Dewan Kampung Kubambangan dan Dewan Kampung Batangon Darat.

“PPS yang mula dibuka kira-kira jam 12.30 tengah malam semalam telah menempatkan seramai 77 mangsa daripada 19 Ketua Isi Rumah (KIR) di dua PPS berkenaan.

“Daripada jumlah itu, seramai 38 mangsa daripada 10 KIR telah ditempatkan di Dewan Kampung Kubambangan manakala selebihnya iaitu seramai 39 mangsa daripada sembilan KIR ditempatkan di Dewan Kampung Batangon Darat,” menurut kenyataan itu di sini pagi ini.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan bahawa ribut petir diramal berlaku di pedalaman Sabah melibatkan daerah Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau hingga 1 pagi. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *