Banjir : Jumlah mangsa dipindahkan ke PPS meningkat kepada 251 orang

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 2 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Mangsa banjir di tiga buah daerah di Sabah terus mencatat peningkatan setakat jam 1 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata, seramai 251 mangsa melibatkan 52 ketua isi rumah (KIR) dipindahkan ke tujuh buah pusat pemindahan sementara (PPS).

Antara daerah terlibat setakat ini adalah Paitan; Pitas dan Kudat manakala Kota Marudu masih dalam proses pendaftaran mangsa ke PPS.

“Setakat jam 1 petang tadi, daerah Paitan merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 88 orang melibatkan 21 KIR; Kudat seramai 84 mangsa melibatkan 10 KIR dan 79 mangsa dipindahkan di Pitas melibatkan 21 KIR.

“Bagi daerah Kota Marudu, mangsa yang terjejas kini masih dalam proses pendaftaran,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Antara PPS yang telah dibuka ialah di Paitan adalah di Dewan Kampung Kubambangan (38 mangsa) dan Dewan Kampung Batangon Darat (50 mangsa).

Bagi daerah Pitas pula, sebanyak tiga PPS telah dibuka antaranya di Rumah Ketua Kampung Sinasak Baru (18 mangsa); Surau Kampung Sibuang (38 mangsa) dan Dewan Kampung Kusilad (23 mangsa).

Manakala di Kudat, sebanyak dua PPS dibuka pada hari ini iaitu di Dewan Terbuka Matunggong yang menempatkan 27 mangsa yang terdiri dari pelajar asrama dan di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Sikuati. –SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *