HomeUtamaDari jurutera kini bergelar Pembantu Menteri

Dari jurutera kini bergelar Pembantu Menteri

Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Siapa sangka, bekas seorang jurutera biasa kini bergelar Pembantu Menteri dalam barisan pimpinan kerajaan negeri Sabah yang baharu.

Kata orang ‘Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’.

Itulah perumpamaan sesuai untuk bekas jurutera TM Peto Galim dari Kampung Keliangau, Menggatal dekat sini yang kini semakin popular dan disenangi rakyat, khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam.

Peto, 57, merupakan antara tiga ADUN mengangkat sumpah jawatan sebagai Pembantu Menteri kerajaan Sabah di Istana Seri Kinabalu, di sini pada Khamis.

Selain Peto, turut mengangkat sumpah jawatan ialah Naib Presiden Parti Bersatu Sabah, Datuk Ruslan Muharam yang juga ADUN Lumadan dan ADUN Likas, Tan Lee Fatt daripada DAP.

Pelbagai pihak menyambut baik pelantikan Peto sebagai Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Negeri dan menyifatkannya sebagai “perfect gift” untuk rakyat Inanam sempena tahun baru dan sambutan Tahun Baharu Cina.

Jaipol Biasin dari Kampong Tobobon Bukit menyifatkan pelantikan Peto yang juga Ketua PKR Sepanggar dan ADUN Inanam sebagai Pembantu Menteri sebagai tepat pada masanya dan wajar disokong oleh semua pihak.

“Saya melihat Peto seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, berpandangan jauh dan berwibawa.

“Lihat sahaja, sewaktu berada dalam blok pembangkang dua tahun yang lalu (tanpa peruntukan atau dana dari kerajaan), Peto tetap bekerja keras dan berusaha setakat yang mampu untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Jaipol

“Inilah pemimpin rakyat yang kita mahu sentiasa turun padang dan mendengar keluhan rakyat,” katanya.

Jaipol berharap dengan pelantikan sebagai Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Negeri, Peto dapat membantu memperhebatkan lagi program pembangunan di DUN Inanam, terutama sektor pertanian.

“Kami juga Peto dapat berbuat sesuatu untuk membantu rakyat khususnya masalah bekalan air bersih di kawasan perkampungan bukit, penggazetan tanah kampung dan jalan raya kampung,” katanya.

Sehubungan itu, Jaipol mengajak rakyat Inanam supaya memberi sokongan padu kepada Peto demi masa depan yang lebih baik.Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-16 (PRU DUN 16) menyaksikan Peto menang di DUN Inanam dengan majoriti 5,638. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular