HomeIsu tempatanSama-sama ringankan bebanan mangsa banjir - Zaidi

Sama-sama ringankan bebanan mangsa banjir – Zaidi

Read Time:1 Minute, 21 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA MARUDU: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kota Marudu menyeru agar semua pihak untuk tampil membantu menghulurkan bantuan kepada mangsa terjejas banjir khususnya di daerah ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kota Marudu Zaidi Jatil berkata, ia termasuklah bantuan dari segi makanan dan minuman kepada mangsa yang ditempatkan di pusat penempatan sementara (PPS).

“Seperti yang kita sedia maklum, daerah ini merupakan daerah yang terjejas teruk dengan banjir dimana seramai 4,789 mangsa daripada 1,731 ketua isi rumah (KIR) ditempatkan di 11 buah PPS sejak jam 4 petang tadi.

“Justeru, saya menyeru dan mengajak semua pihak untuk bersama-sama membantu mangsa yang terjejas  khususnya dari segi makanan dan minuman yang menjadi antara keperluan para mangsa di PPS,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas melawat beberapa buah PPS di sini hari ini.

Zaidi yang juga Ketua AMK Sabah berkata, pihaknya turut berharap agar pihak Kerajaan Negeri dan Persekutuan turut sama membantu mangsa yang terjejas banjir.

“Saya berharap agar pihak Kerajaan Negeri mahupun Persekutuan dapat membantu mangsa-mangsa banjir di daerah ini termasuk Pitas melalui Bantuan Khas Tunai RM1,000 kepada setiap KIR.

“Kita faham ramai yang tidak dapat bekerja pada musim hujan ini ditambah lagi dengan banjir sudah tentu rakyat hilang pendapatan dan jika ada bantuan khas tunai dapatlah meringankan sedikit beban mangsa yang terlibat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berkata, AMK Kota Marudu juga akan turut bersedia untuk menjadi sukarelawan dan memberi bantuan jika diperlukan.

Terdahulu, dalam lawatan ke beberapa PPS, Zaidi turut menyerahkan bantuan seperti air mineral, minuman kotak, biskut dan keperluan lain. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Tun Juhar hadir sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat 5 Divisyen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya